Pilih bahasa
< Kembali ke menu utama

Upacara Kemasukan Peralatan Kilang Ke-57

10 Apr, 2025

"Teknologi memperkasa masa depan, pembuatan pintar memimpin kegemilangan!" Seiring dengan pelaksanaan strategi globalisasi syarikat, Kilang 57 bakal menyambut kemasukan peralatan utama yang mempunyai makna penting, menandakan projek ini secara rasmi memasuki fasa pembinaan sebenar. Untuk meyemarakkan semangat pasukan dan menyatukan visi Bersama, syarikat dengan rasminya menganjurkan Upacara Kemasukan Peralatan Kilang 57 pada 10 April 2025, jam 10:18 pagi. Acara bersejarah ini dihadiri oleh pimpinana tertinggi, pakar teknologi, serta seluruh warga syarikat EVE Energy untuk menyaksikan detik bermakna ini, demi memulakan lembaran baru dengan penuh semangat!

d7abe969-daa8-4966-a91a-7b7aca666e41.jpg

Dengan teknologi sebagai enjin dan inovasi sebagai pendorong!

Pegarah Urusan EVE Energy Malaysia, He Yingshen tekad manfaatkan peralatan baru untuk transformasi teknologi, tekankan kualiti-innovasi sebagai teras pertumbuhan, dan harap kerjasama semua pihak ke arah kecemerlangan industri bateri litium.

Foto Perlepasan: Cetusan Iltizam yang Terabadikan di Lensa

Hari ini, dentuman meriam kehormatan bergema ke angkasa, menandakan projek ini secara rasmi memulakan pelayaran baharunya. Dalam upacara kemasukan yang penuh semangat, pasukan mengangkat tekad sebagai perisai dan semangat juang sebagai pedang, berikrar untuk tidak gentar menghadapi segala rintangan di hadapan, bersatu hati menggalas misi bersama dalam suka dan duka. Lensa kamera merakam detik penuh semangat seluruh warga kerja, manakala laungan “Sehati sejiwa, mencipta kegemilangan bersama” bergema menjadi kekuatan luar biasa dalam menempuh cabaran. Masa depan telah menjelma – dan kejayaan pasti akan dicapai!