Pilih bahasa
< Kembali ke menu utama
F1.jpg F1-54.jpg

Notis Perundangan dan Kenyataan Hak Peribadi

1. Pernyataan Hak

Melainkan dinyatakan sebaliknya secara terang, semua hak, termasuk tetapi tidak terhad kepada hak milik intelek, maklumat perniagaan sulit dan hak keempunyaan lain ke atas produk, teknologi, data, perisian, reka letak, grafik, proses, audio, video dan apa-apa kandungan lain yang disediakan pada atau melalui laman web ini (“Laman Web”) adalah hak milik eksklusif EVE.

Hak-hak ini dilindungi di bawah Akta Hakcipta 1987 (Akta 332), Akta Cap Dagangan 2019 (Akta 815), Akta Paten 1983 (Akta 291), Akta Petunjuk Geografi 2000 (Akta 602), Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000 (Akta 601), Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709), Akta Persaingan 2010 (Akta 712) serta undang-undang Malaysia lain yang berkenaan, perundangan subsidiari dan perjanjian antarabangsa yang mana Malaysia menjadi pihak.

Sebarang capaian, penggandaan, penggunaan, pengubahsuaian, pengedaran, penghantaran, paparan atau penerbitan kandungan daripada Laman Web ini tanpa kebenaran bertulis nyata daripada EVE adalah dilarang sama sekali. EVE berhak mengambil tindakan undang-undang, termasuk prosiding sivil atau jenayah, terhadap sebarang pelanggaran.

Hak terhadap kandungan milik pihak ketiga kekal milikan pihak ketiga berkenaan dan digunakan di Laman Web ini dengan kebenaran atau menurut pengecualian undang-undang yang terpakai.

2. Penggunaan Perisian dan Pemacu

Jika akses atau penggunaan mana-mana ciri Laman Web ini memerlukan pemuatan turun atau pemasangan perisian atau pemacu yang disediakan oleh EVE, penggunaan anda tertakluk kepada terma dan syarat perjanjian lesen pengguna akhir (EULA) yang mengiringi perisian tersebut.

Anda bertanggungjawab memastikan pematuhan kepada semua terma sedemikian, dan sebarang penggunaan tanpa kebenaran adalah dilarang sama sekali.

3. Pematuhan Undang-Undang

Pengguna Laman Web ini dikehendaki mematuhi semua undang-undang dan peraturan Malaysia yang berkenaan termasuk,tetapi tidak terhad kepada undang-undang berkaitan hak milik intelek, perlindungan data peribadi, jenayah komputer dan komunikasi elektronik.

4. Data Peribadi dan Hak Peribadi

EVE komited untuk menghormati dan melindungi hak peribadi anda menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) dan undang-undang perlindungan data lain yang berkenaan.

Sebarang data peribadi yang diserahkan secara sukarela atau terjana melalui penggunaan Laman Web ini akan dikumpul, diproses dan digunakan oleh EVE semata-mata menurut prinsip keadilan, keesahan dan keperluan. EVE akan mengendalikan data peribadi anda yang dikutip selaras dengan undang-undang yang terpakai.

Walaupun EVE melaksanakan langkah teknikal dan organisasi yang munasabah secara komersial untuk melindungi data peribadi anda, anda mengakui bahawa penghantaran data melalui Internet pada asasnya tidak selamat. Justeru, EVE tidak memberi jaminan mengenai keselamatan sebarang data yang dihantar ke atau dari Laman Web ini dan penghantaran sebegitu dibuat atas risiko anda sendiri.

EVE mematuhi dasar anti-spam yang ketat dan komited kepada perkara berikut:

4.1 Kami tidak menjual atau menyewa data peribadi pengguna, bakal pengguna atau pelawat Laman Web kepada mana-mana pihak ketiga.

4.2 Komunikasi e-mel hanya akan dihantar kepada penerima yang telah memberikan keizinan nyata.

4.3 Langkah pencegahan spam dikuatkuasakan secara aktif, termasuk pemantauan dan penyekatan aktiviti spam yang disyaki.

5.  Pautan ke Laman Web Pihak Ketiga

Laman Web ini mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga untuk kemudahan dan makluman anda. Pautan tersebut tidak membawa maksud pengendorsan, penaungan atau syor oleh EVE terhadap kandungan, pandangan atau perkhidmatan pada laman yang dipautkan. EVE tidak bertanggungjawab atas ketersediaan, kandungan atau amalan laman web pihak ketiga tersebut dan menafikan semua jaminan, tersurat atau tersirat, berkaitan dengannya.

6.  Kandungan Yang Dihasilkan Oleh Pengguna

Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kandungan atau mesej yang anda serahkan, siarkan atau hantarkan melalui Laman Web ini. EVE berhak (namun tidak diwajibkan) untuk memantau, memadam atau menyunting sebarang kandungan yang pada budi bicara mutlaknya dianggap menyalahi undang-undang, memfitnah, lucah atau tidak sesuai. EVE menafikan segala liabiliti terhadap kandungan yang disiarkan oleh pengguna dan berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyiarkan kandungan yang menyalahi undang-undang atau memudaratkan. Anda hendaklah menanggung sepenuhnya kerugian EVE yang diakibatkan oleh kandungan atau mesej yang anda serahkan, siarkan atau hantarkan melalui Laman Web ini.

7.  Had Liabiliti

EVE tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kerosakan atau liabiliti yang timbul daripada atau berkaitan dengan:

7.1 Sebarang kejadian force majeure, termasuk tetapi tidak terhad kepada bencana alam, tindakan kerajaan, peperangan, mogok atau kegagalan infrastruktur telekomunikasi atau kuasa;

7.2 Sebarang kerosakan tidak langsung, berbangkit, sampingan, punitif atau khas, termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan keuntungan, gangguan perniagaan, kehilangan penjimatan yang dijangka atau kehilangan peluang, sama ada timbul dalam kontrak, tort (termasuk kecuaian) atau sebaliknya.

Tiada apa-apa dalam klausa ini mengecualikan liabiliti bagi kematian atau kecederaan peribadi yang disebabkan oleh kecuaian, penipuan atau apa-apa liabiliti lain yang tidak boleh dikecualikan menurut undang-undang Malaysia.

8.  Pindaan dan Kemas Kini

EVE berhak pada bila-bila masa untuk meminda, menaik taraf atau mengubah kandungan, struktur dan fungsi Laman Web ini tanpa notis terdahulu, atas sebab operasi atau perniagaan, atau bagi meningkatkan pengalaman pengguna.

EVE juga berhak menyemak Notis Perundangan dan Kenyataan Hak Peribadi ini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan akan diterbitkan di Laman Web ini, dan penggunaan berterusan Laman Web ini oleh anda selepas perubahan tersebut merupakan penerimaan anda terhadap terma yang disemak.

9.  Penerimaan Terma

Dengan mengakses dan menggunakan Laman Web ini, anda mengakui bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan semua terma dalam Notis Perundangan dan Kenyataan Hak Peribadi ini.

10.  Undang-Undang Mentadbir dan Bidang Kuasa

Notis Perundangan dan Kenyataan Hak Peribadi ini dan sebarang pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan Laman Web ini hendaklah ditadbir dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia. Anda bersetuju untuk tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah-mahkamah Malaysia bagi penyelesaian dan pengadilan sebarang pertikaian sedemikian.

11.  Kebolehasingan

Jika mana-mana peruntukan dalam Notis Perundangan dan Kenyataan Hak Peribadi ini didapati tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan di bawah mana-mana undang-undang yang terpakai, peruntukan tersebut hendaklah diasingkan dan peruntukan selebihnya akan terus berkuat kuasa sepenuhnya.

12.  Penafian Jaminan

Semua kandungan di Laman Web ini disediakan atas asas “keadaan sedia ada” dan “sebagaimana tersedia”. EVE tidak membuat apa-apa pernyataan atau jaminan dalam apa-apa bentuk sama ada tersurat atau tersirat, termasuk tetapi tidak terhad kepada jaminan ketepatan, kelengkapan, keboledagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu atau tiada pelanggaran.

13.  Kuki dan Teknologi Penjejakan

Laman Web ini mungkin menggunakan kuki atau teknologi serupa untuk menambah baik pengalaman pengguna, menganalisis trafik laman dan menyokong ciri keselamatan. Dengan menggunakan Laman Web ini, anda memberi persetujuan terhadap penggunaan teknologi tersebut selaras dengan Dasar Kuki EVE. Anda boleh mengkonfigurasi pelayar untuk menolak kuki, namun ini mungkin menjejaskan pengalaman anda di Laman Web.

14.  Maklumat Perhubungan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung dengan Notis Perundangan dan Kenyataan Hak Peribadi ini atau ingin melaksanakan hak anda di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, sila hubungi kami di:

E-mel: [MalaysiaOffice@evebattery.com]

15.  Klausa Tanggung Rugi

Anda bersetuju untuk menanggung rugi, mempertahankan dan memastikan EVE, syarikat gabungan, pengarah, pegawai, pekerja dan ejen EVE bebas daripada sebarang dan semua tuntutan, kerosakan, liabiliti, kerugian, kos atau perbelanjaan (termasuk yuran guaman) yang timbul daripada penggunaan anda terhadap Laman Web, pelanggaran mana-mana undang-undang atau hak pihak ketiga, atau pelanggaran Notis Perundangan dan Kenyataan Hak Peribadi ini.

16.  Pengekalan Hak

EVE mengekalkan semua hak yang tidak dinyatakan dengan nyata di sini. Tiada mana-mana bahagian Laman Web ini atau kandungannya boleh ditafsirkan sebagai pemberian sebarang lesen atau hak untuk menggunakan mana-mana harta intelek EVE tanpa kebenaran bertulis yang nyata.

17.  Penggantungan atau Penamatan Akses

EVE berhak menggantung atau menamatkan akses anda ke Laman Web pada bila-bila masa, tanpa notis, atas kelakuan yang pada budi bicara EVE dengan munasabahnya dianggap sebagai melanggar mana-mana undang-undang yang berkenaan atau memudaratkan kepentingan EVE atau pengguna lain.