EVE amat mementingkan privasi peribadi anda. Apabila anda melayari laman web kami, sila setuju dengan penggunaan semua kuki. Maklumat lanjut tentang pemprosesan data peribadi boleh didapati di "Notis Perundangan dan Kenyataan Hak Peribadi"

Pilih bahasa
< Kembali ke menu utama

Lawatan Rasmi EVE Energy Malaysia ke Universiti Malaya

16 Jun, 2025

(Kuala Lumpur, Malaysia, 16 Jun 2025) Delegasi EVE Energy Malaysia yang diketuai oleh Pengurus Besar, Encik He YingShen telah mengadakan lawatan rasmi ke Fakulti Sains, Universiti Malaya bagi membincangkan potensi kerjasama dalam bidang penyelidikan, inovasi teknologi dan pembangunan bakat. Program berlangsung di Bilik Mesyuarat STS, merangkumi sesi pengenalan, perbincangan strategik, serta lawatan ke Jabatan Fizik dan Pusat Ionik Universiti Malaya (CIUM) bagi meninjau kemudahan penyelidikan. Sebagai simbol hubungan mesra antara kedua-dua pihak, sesi pertukaran cenderamata turut diadakan.

6e7fd28d-0aeb-4202-a12e-1dfbcf5367a2.jpg

Lawatan ini memperkukuh hubungan antara industri dan akademia serta membuka laluan kepada kolaborasi jangka panjang, termasuk penubuhan makmal bersama dan pelaksanaan projek bersama dalam bidang tenaga baharu. Kedua-dua pihak menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama demi menyokong pembangunan mampan di rantau ini.